mom & baby

mom & baby

SET IBU BERSALIN CONFINE MUM LEESA FORMULA (SB-006)













SET B
Terdiri daripada
SET A + Bengkung Correctuer
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 260.00
sekarang RM 230.00

SET A
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 215.00
sekarang RM 200.00

SET PREMIUM
Terdiri daripada
Set B + Cotet Mas Uncang
+ 2 Pek Tungku Herba
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 350.00
sekarang RM 300.00
Belanja Pos PERCUMA !!!
(Tawaran ini akan dinaikkan ke harga asal setelah setelah stok tawaran habis)

Produk ConfineMum terdiri daripada:


1 Bengkung Correctuer
2 Body Contour Gel
3 Cotet Emas Uncang
4 Ginger Cream
5 Minyak Telon
6 Pek Tungku Herba
7 Tablet Haruan Complex
8 Tablet Perawan

RANGKAIAN SET LENGKAP UNTUK IBU-IBU  


BENGKUNG CORRECTUER
 Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan. Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

FUNGSI
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

PENGGUNAAN

  • Setelah menyapu Body Contour Gel di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
  • Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.

BODY CONTOUR GEL
  Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.


FUNGSI
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Mengurangi stretch mark.


MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Ekstrak Barli: mengurangkan kerengsaan menguatkan tisu dan kulit.
  • Ekstrak Ivy: membantu memecah lemak kepada asid bebas.
  • Ekstrak Butcherbroom: mengaktifkan sistem peredaran mikro dan anti radang.
  • Ekstrak Mushroom: memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
  • Sweet Clover: menggalakkan proses awet muda.
  • Lady's Thistle: menggalakkan pembentukan sel baru.
  • Lemon: membantu menegangkan kulit dan otot.

PENGGUNAAN
  • Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).
  • Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
  • Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.
  • Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL04112052K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice)
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL

COTET EMAS UNCANG
  Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.


PENGGUNAAN
  • Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.
  • Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.
  • Boleh diminum panas atau sejuk.
KANDUNGAN 15 uncang x 2gm

GINGER CREAM
  Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.


FUNGSI
  • Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
  • Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.
PENGGUNAAN Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan:
  • Di dahi bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala.
  • Di hidung bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya.
  • Di kaki (sebelum berstokin.
  • Di bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan.
  • Dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.
KANDUNGAN
100gm
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL05012025K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

MINYAK TELON
  Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.


PENGGUNAAN
  • Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
  • Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
  • Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
  • Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.
KANDUNGAN : 24ml
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL 05090421K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

PEK TUNGKU HERBA
  Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara, limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton, berfungsi sebagai 'batu tungku', dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut.

FUNGSI
Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi:
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

PENGGUNAAN
  • Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.

  • Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit

  • Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.

  • Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.

  • Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.

  • Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.

  • Ulang cara bertungku yang sama.

TABLET HARUAN COMPLEX

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
FUNGSI
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

PENGGUNAAN Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.
ATURAN PENGAMBILAN Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).
Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.
KANDUNGAN : 50 Tablet x 450mg
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL 20031883T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

TABLET PERAWAN
  Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

FUNGSI
Kegunaan Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
PENGGUNAAN
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
ATURAN PENGAMBILAN Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.
RAMUAN
Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.
KANDUNGAN :
80 Tablet x 450mg
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL20020639T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL