mom & baby

mom & baby

SET BERSALIN: SET BERSALIN DENGAN HARGA DISKAUN

SET BERSALIN: SET BERSALIN DENGAN HARGA DISKAUN: "Assalamualaikum; Selamat datang ke blog SET BERSALIN DENGAN HARGA DISKAUN kami. Harga yang kami tawarkan amat menarik dan penghantaran ju..."

SET BERSALIN DENGAN HARGA DISKAUN

Assalamualaikum;

Selamat datang ke blog SET BERSALIN DENGAN HARGA DISKAUN kami. Harga yang kami tawarkan amat menarik dan penghantaran juga secara percuma !!!! (kecuali dinyatakan).

SET BERSALIN kami terdiri daripada :

1. SET BERSALIN NONA ROGUY (POSLAJU PERCUMA)
  
    Harga biasa : RM 365.00
       HARGA TAWARAN : RM 280.00

2. SET BERSALIN SENDAYU TINGGI (POSLAJU PERCUMA)
       Harga biasa : RM 385.00
       HARGA TAWARAN : RM 340.00

3. SET BERSALIN IBU HALIMAH (POSLAJU PERCUMA)
       Harga biasa : RM 350.00
       HARGA TAWARAN : RM 310.00

4. SET BERSALIN ATIKA BEAUTY (POSLAJU PERCUMA)
       Harga biasa : RM 300.00
       HARGA TAWARAN : RM 250.00

5. SET BERSALIN CONFINE MUM LEESA FORMULA (POSLAJU PERCUMA)

SET A :         Harga biasa : RM 215.00
          HARGA TAWARAN : RM 200.00

SET B :         Harga biasa : RM 260.00
                    HARGA TAWARAN : RM 230.00

SET C :         Harga biasa : RM 350.00
          HARGA TAWARAN : RM 300.00

6. SET BERSALIN SALINDAH (POSLAJU PERCUMA)

      
Set Lengkap Kehamilan hingga Habis Pantang
      
Harga Biasa RM 370.00 : sekarang RM 310.00

       Set Kehamilan Sahaja

       Harga Biasa RM 235.00 : sekarang RM 210.00

       Set Bersalin Sahaja
       Harga Biasa RM 225.00 : sekarang RM 200.00



7. SET BERSALIN AFIAT HIJAU (POSLAJU RM7.00)
       Harga Biasa RM 89.90
       Harga Tawaran : RM 85.00

Sila klik pada pautan SET BERSALIN sebelah kanan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang SET BERSALIN yang ditawarkan di BLOG SET BERSALIN ini.

Terimaksaih kerana sudi melawat BLOG SET BERSALIN kami dan kami hargai persinggahan anda di sini. Semoga persinggahan ini bukan sementara dan sudi-sudikanlah menjadi follower BLOG SET BERSALIN ini. :D

SET IBU BERSALIN CONFINE MUM LEESA FORMULA (SB-006)













SET B
Terdiri daripada
SET A + Bengkung Correctuer
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 260.00
sekarang RM 230.00

SET A
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 215.00
sekarang RM 200.00

SET PREMIUM
Terdiri daripada
Set B + Cotet Mas Uncang
+ 2 Pek Tungku Herba
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
Harga Biasa RM 350.00
sekarang RM 300.00
Belanja Pos PERCUMA !!!
(Tawaran ini akan dinaikkan ke harga asal setelah setelah stok tawaran habis)

Produk ConfineMum terdiri daripada:


1 Bengkung Correctuer
2 Body Contour Gel
3 Cotet Emas Uncang
4 Ginger Cream
5 Minyak Telon
6 Pek Tungku Herba
7 Tablet Haruan Complex
8 Tablet Perawan

RANGKAIAN SET LENGKAP UNTUK IBU-IBU  


BENGKUNG CORRECTUER
 Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan. Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

FUNGSI
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

PENGGUNAAN

  • Setelah menyapu Body Contour Gel di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
  • Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.

BODY CONTOUR GEL
  Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.


FUNGSI
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Mengurangi stretch mark.


MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Ekstrak Barli: mengurangkan kerengsaan menguatkan tisu dan kulit.
  • Ekstrak Ivy: membantu memecah lemak kepada asid bebas.
  • Ekstrak Butcherbroom: mengaktifkan sistem peredaran mikro dan anti radang.
  • Ekstrak Mushroom: memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
  • Sweet Clover: menggalakkan proses awet muda.
  • Lady's Thistle: menggalakkan pembentukan sel baru.
  • Lemon: membantu menegangkan kulit dan otot.

PENGGUNAAN
  • Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).
  • Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
  • Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.
  • Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL04112052K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice)
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL

COTET EMAS UNCANG
  Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.


PENGGUNAAN
  • Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.
  • Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.
  • Boleh diminum panas atau sejuk.
KANDUNGAN 15 uncang x 2gm

GINGER CREAM
  Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.


FUNGSI
  • Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
  • Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.
PENGGUNAAN Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan:
  • Di dahi bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala.
  • Di hidung bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya.
  • Di kaki (sebelum berstokin.
  • Di bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan.
  • Dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.
KANDUNGAN
100gm
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL05012025K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

MINYAK TELON
  Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.


PENGGUNAAN
  • Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
  • Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
  • Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
  • Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.
KANDUNGAN : 24ml
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL 05090421K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

PEK TUNGKU HERBA
  Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara, limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton, berfungsi sebagai 'batu tungku', dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut.

FUNGSI
Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi:
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

PENGGUNAAN
  • Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.

  • Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit

  • Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.

  • Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.

  • Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.

  • Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.

  • Ulang cara bertungku yang sama.

TABLET HARUAN COMPLEX

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
FUNGSI
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

PENGGUNAAN Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.
ATURAN PENGAMBILAN Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).
Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.
KANDUNGAN : 50 Tablet x 450mg
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL 20031883T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.

TABLET PERAWAN
  Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

FUNGSI
Kegunaan Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
PENGGUNAAN
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
ATURAN PENGAMBILAN Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.
RAMUAN
Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.
KANDUNGAN :
80 Tablet x 450mg
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MAL No: MAL20020639T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL



SET BERSALIN RANGKAIAN HERBANIKA NONA ROGUY (SB-005)



Harga Biasa RM 365.00
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
sekarang
RM 280.00
Belanja Pos PERCUMA !!!
(Tawaran ini akan dinaikkan ke harga asal setelah setelah stok tawaran habis)
RANGKAIAN SET BERSALIN LENGKAP UNTUK IBU-IBU   
Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Ramuan pusaka tradisi ini telah diamal dan dipegang kukuh dari generasi ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan penggunaan herba ini telah diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan keluarga Diraja Siak, Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.

Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.
SET MENGANDUNGI
PhytoNatal (90 biji)
dalam bentuk tablet untuk dimakan
Akar Herbanika (10 paket)
dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
Minyak Herbanika(100 ml)
minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan(krim)
Herbanika Barut (60gm)
sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika (10 paket)
untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
Herbanika Lulur(100gm)
untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
PHYTONATAL

Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7

Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet

PHYTONATAL membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi Angin Meroyan serta Murung, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.
Nota :
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.

AKAR HERBANIKA
Untuk Minuman Antioksidan

Semasa di wad bersalin
- minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.
Minum suam panas, suam atau sejuk.
(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:
Disyorkan rebus 2 - 3 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
(2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangkan air.
MINYAK HERBANIKA
Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad
Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).
Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan.)
Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)
Untuk bersalin normal:
Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk bersalin secara pembedahan:
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa.
(Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)
Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.

Bagi kelahiran normal:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)

Bagi kelahiran secara pembedahan:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder  yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.
KRIM HERBANIKA BARUT
Bagi kelahiran normal, guna  KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari) dan bagi kelahiran secara pembedahan, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari,pinggang, pinggul serta atas peha.
Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.
Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman.

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

 UNCANG CUCI HERBANIKA
Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.
Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.

Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.
Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih serta segar dan kesat kering.
Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.
 HERBANIKA LULUR
Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimula pada hari ke 3
Sebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.
Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau  jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
 

SET BERSALIN IBU HALIMAH JAMU MAK DARA (SB-004)


 
Harga Biasa RM 350.00
Harga Tawaran Hebat lagi Terhad,
sekarang
RM 310.00
Belanja Pos PERCUMA !!!
(Tawaran ini akan dinaikkan ke harga asal setelah setelah stok tawaran habis)

RANGKAIAN SET BERSALIN LENGKAP UNTUK IBU-IBU

Amalam berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

SET MENGANDUNGI 

Jamu Mak Dara Serbuk
1 kotak 250 gram

Jamu Mak Dara Kapsul
2 botol 60 biji kapsul(perbotol)

Losyen Param
    1 botol 120 ml 

Pilis
1 bekas 200 gram

Bedak Sejuk
1 bekas 200 gram

Rempah Mandi
1 bungkus 100 gram

Bengkung
1 helai

Tungku Kukus Berherba
1 unit
              
JAMU MAK DARA SERBUK
Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas .Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.


JAMU MAK DARA KAPSUL
Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .



LOSYEN IBU HALIMAH
Cara Penggunaan
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada ,lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.


PILIS
Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.



BEDAK SEJUK
Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.Seelok elok nya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.
Khasiat
Bedak sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
REMPAH MANDI
Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).Mandi menggunakan air rempah secukup nya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk

Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

BENGKUNG
Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merepatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
TUNGKU HERBA KUKUS
Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.

Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

TIPS IBU HALIMAH
Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan

Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.

Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih

Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim

Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk  mengelakkan kerosakan faraj.

Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.

Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman

Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit